Harga minyak dijangka cecah AS$70 setong
KUALA LUMPUR, 3 Jan – Dengan harga minyak berkisar antara AS$55 dan AS$60 satu tong ketika ini, OCBC Bank menjangka harganya akan meningkat sedikit kepada hampir AS$70 setong pada 2018 berikutan permintaan global yang kukuh serta bekalan yang berkurangan. Pakar Ekonomi Penyelidikan dan Strategi Perbendaharaan OCBC, Barnabas Gan berkata, 2018 penuh dengan ketidakpastian yang tidak


































