Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Harga minyak dunia merosot lebih 5 peratus

    LONDON, 25 APRIL – Harga minyak dunia merosot lebih lima peratus hari ini disebabkan kebimbangan wabak COVID yang semakin buruk di China mungkin menjejas permintaan daripada pengguna tenaga utama.

    Minyak mentah kontrak Eropah Brent North Sea merosot sebanyak AS$101.20 satu tong dan minyak WTI AS merosot AS$96.85.

    China sedang bergelut untuk mengawal wabak COVID baharu yang telah memaksa Shanghai – bandar terbesar negara – dikenakan perintah berkurung dan sekali gus memberi tamparan kepada permintaan minyak.

    Pasaran global juga telah terkesan oleh prospek kenaikan mendadak dalam kadar faedah AS.

    ”Persekitaran pasaran telah merosot tatkala situasi COVID di China semakin bertambah baik dan media memberi petanda bahawa Beijing mungkin akan mengenakan sekatan selepas Shanghai dan beberapa bandar utama lain,” kata penganalisis XTB Walid Koudmani. ”Memandangkan China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia, situasi tersebut mempunyai kesan besar ke atas pasaran komoditi dengan minyak dan logam industri merosot mendadak.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...