Harga minyak global cecah paras tertinggi

HONG KONG, 16 SEPT – Harga minyak mencecah paras tertinggi hari ini selepas dua kemudahan Arab Saudi diserang, sekali gus mengurangkan keluaran pengeksport minyak terbesar dunia itu kepada separuh.

Keadaan itu mencetuskan ketakutan geopolitik baharu ketika Donald Trump menuding jari kepada Iran dan membangkitkan kemungkinan melancarkan serangan tentera. Niaga hadapan Brent melonjakAS$12 dalam beberapa minit pertama perniagaan, yang paling banyak dalam dolar sejak dilancarkan pada 1988 melonjak hampir 20 peratus sementara WTI pula melonjak lebih daripada AS$8 atau 15 peratus.

Kedua-dua syarikat itu mencatat peningkat keuntungan hari ini dan dijangka terus meningkat sekitar 10 peratus. Serangan di Arab Saudi melanda dua buah tapak milik Aramco sehingga menjejaskan enam peratus bekalan minyak global.

Trump pada Ahad berkata, Amerika Syarikat (AS) ‘terkunci dan bersedia’ untuk bertindak balas terhadap serangan itu tetapi sedang berbincang dengan Riyadh.

 Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata, “AS akan bekerjasama dengan rakan-rakan dan sekutu untuk memastikan pasaran tenaga tetap dibekalkan dengan baik dan Iran bertanggungjawab terhadap pencerobohannya.”

Tehran menafikan tuduhan itu tetapi berita tersebut meniup semula kebimbangan mengenai konflik di Timur Tengah selepas beberapa siri serangan terhadap kapal tangki minyak awal tahun ini yang turut dipersalahkan kepada Iran. – AFP

Seorang peniaga mata wang berjalan di depan skrin pertukaran wang asing di Seoul, kelmarin. Harga minyak mencecah paras tertinggi hari ini selepas dua kemudahan Arab Saudi diserang sehingga keluaran minyaknya berkurangan kepada separuh. – AP