Harga minyak global meningkat

SINGAPURA, 14 APRIL – Harga minyak hari ini mencatatkan peningkatan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pengeluar sedang mempertimbangkan untuk memotong 20 juta barel setiap hari – lebih dua kali ganda angka yang diumumkan secara terbuka – untuk membantu sektor yang terjejas akibat COVID-19.

Penanda aras AS West Texas Intermediate meningkat hampir dua peratus dalam perdagangan kepada AS$22.85, manakala minyak mentah antarabangsa Brent mentah naik 1.5 peratus dalam perdagangan kepada AS$32.26. Pengeluar OPEC yang dikuasai oleh Arab Saudi dan sekutunya yang diketuai oleh Rusia membatalkan perjanjian kompromi pada Ahad lalu untuk mengurangkan pengeluaran dengan hampir 10 juta tong sehari dari bulan Mei.

Perjanjian itu bertujuan meningkatkan harga pasaran selepas beberapa bulan berdepan dengan kejatuhan secara mendadak akibat wabak COVID-19, tatkala permintaan terhadap sektor ini menurun selepas semua negara-negara di dunia sedang melakukan perintah berkurung. Perang harga Saudi-Rusia telah mencetuskan krisis, dengan kedua-dua negara merancakkan pengeluaran tatkala mereka sedang berlumba untuk menerajui saham pasaran minyak dunia dan mengurangkan pengilang syal Amerika Syarikat.

Harga pasaran mencatatkan ketidaktentuan selepas pemotongan pengeluaran diumumkan, bagaimanapun, peniaga masih melahirkan kebimbangan di tengah-tengah ramalan bahawa permintaan bakal menjunam 25 juta tong sehari. – AFP