Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak jatuh 5%, bimbang varian Omicron

    LONDON, 20 DIS – Harga minyak dunia jatuh lebih 5 peratus hari ini, tatkala kebimbangan permintaan tenaga meningkat berhubung varian Omircon yang pantas merebak.

    Pada urus niaga pagi ini, minyak mentah Brent North Sea menurun 5.1 peratus kepada AS$69.79 satu tong manakala minyak West Texas Intermediate New York turun 5.7 peratus kepada AS$66.84.

    Penularan pantas Omicron telah menghentam pasaran minyak – dan pasaran saham global secara meluas – berhubung kebimbangan tentang kemelesetan ekonomi ketika negara-negara berbalik semula kepada langkah-langkah sekatan. “Bagi minyak mentah, ia adalah tentang kebimbangan permintaan pada masa ini,” kata penganalisis ThinkMarkets, Fawad Razaqzada kepada AFP.

    “Sekatan perjalanan telah diperketatkan hampir seluruh Eropah dan adanya potensi lebih banyak langkah akan diumumkan beberapa hari akan datang.

    “Para peniaga tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa menjual minyak, serta saham tenaga dan perjalanan, dengan sedikit keinginan untuk menanggung risiko.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda