Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Harga minyak melonjak lepas merudum dua hari

    NEW YORK, 12 MEI – Harga minyak kembali melonjak kelmarin sekali gus dapat memulihkan beberapa kerugian besar yang dialami industri awal minggu ini, lapor Xinhua.

    Penghantaran Jun West Texas Intermediate naik AS$5.95, atau 6 peratus, kepada AS$105.71 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Julai meningkat AS$5.05, atau 4.9 peratus, untuk ditutup pada AS$107.51 setong di Bursa Hadapan ICE London.

    Peningkatan itu berikutan kerugian dua hari berturut-turut di pasaran minyak, yang menyaksikan standard minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan Brent masing-masing susut kira-kira sembilan peratus pada dua sesi sebelumnya.

    Kebimbangan terhadap bekalan yang terhad berterusan ketika Kesatuan Eropah (EU) berusaha mendapatkan sokongan bagi mengenakan sekatan minyak terhadap Rusia.

    Dalam pakej sekatan keenamnya yang disasarkan terhadap Moscow, EU merancang untuk menghapuskan minyak mentah Rusia secara berperingkat dalam tempoh enam bulan dan produk ditapis menjelang akhir tahun.

    Hungary dan negara Eropah Timur lain, yang ekonominya bergantung pada minyak Rusia, masih belum bersedia untuk menerima pakej sekatan dalam bentuk semasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...