Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Harga minyak meningkat setelah OPEC+ setuju kurangkan pengeluaran

    NEW YORK, 6 OKT – Harga minyak meningkat pada Rabu selepas para pengeluar utama mengumumkan pengurangan pengeluaran dalam jumlah yang besar, lapor Xinhua.

    West Texas Intermediate bagi penghantaran pada November meningkat sebanyak AS$1.24 atau 1.4 peratus untuk ditutup pada AS$87.76 setong di New York Mercantile Exchange.

    Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok sebanyak AS$1.57 atau 1.7 peratus untuk ditutup pada S$93.37 setong di Bursa Hadapan ICE London.

    Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu OPEC+ pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari mulai November.

    Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, keputusan berkenaan dibuat susulan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi dan pasaran minyak global,
    “Pengurangan pengeluaran adalah reaksi OPEC+ terhadap penurunan harga yang ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang akan membantu mengimbangi semula pasaran minyak,” menurut Carsten Fritsch, penganalisis tenaga di Commerzbank Research pada Rabu.

    Kebimbangan terhadap permintaan di tengah-tengah risiko kemelesetan yang semakin meningkat dan peningkatan mendadak nilai dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan harga minyak jatuh pada akhir September ke paras terendah sejak Januari.

    Peniaga juga meneliti data mengenai stok bahan api AS.

    Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS memaklumkan inventori minyak mentah komersial negara itu berkurangan sebanyak 1.4 juta tong pada minggu berakhir 30 September.

    Penganalisis yang ditinjau oleh S&P Global Commodity Insights kini menjangkakan bekalan minyak mentah AS menunjukkan kejatuhan sebanyak 1.5 juta tong.

    Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor merosot sebanyak 4.7 juta tong minggu lepas manakala inventori bahan api sulingan menurun sebanyak 3.4 juta tong. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...