SINGAPURA, 29 Ogos – Harga minyak mentah berpulih sedikit dalam perniagaan Asia hari ini sehari selepas kemerosotan teruk berpunca daripada kesan taufan Harvey di rantau penghasilan minyak utama di AS.
Harvey melanda Texas pada Jumaat sebagai hurikan Kategori Empat, meranapkan rumah dan perniagaan di Pantai Teluk, dan mencetuskan banjir besar-besaran.
Ribut menyebabkan penutupan banyak pelantar minyak di Teluk, dan kira-kira satu perlima daripada pengeluaran minyak rantau masih ditutup, menurut pihak berkuasa AS.
Dengan pasaran semalam bimbang permintaan untuk minyak mentah mungkin terjejas, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) merosot AS$1.30, sementara Brent ditutup 52 sen lebih rendah.
Namun dalam perniagaan awal pada tengah hari di Asia hari ini, WTI naik 22 sen kepada AS$46.79 manakala Brent menambah 17 sen kepada AS$52.06.
Namun penganalisis berkata harga dijangka masih suram kerana penutupan kilang penapis minyak akan membawa kepada simpanan stok minyak mentah yang lebih tinggi. – AFP