Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Harga minyak mentah susut sedikit

    ANKARA, 27 MEI – Harga minyak menyusut sedikit selepas kenaikan hampir AS$2 setong – harga tertinggi dalam tempoh dua bulan pada dagangan hari sebelumnya – disebabkan dolar AS lemah, kemungkinan sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak Rusia serta musim memandu di Amerika Syarikat.

    Minyak mentah standard antarabangsa, Brent didagangkan pada AS$113.89 setong pada 0704 GMT, susut 0.22 peratus berbanding AS$114.14 setong pada sesi dagangan terdahulu, lapor Agensi Anadolu.

    Minyak piawaian Amerika, West Texas Intermediate (WTI) pula pada masa sama turut mencatatkan penurunan dengan AS$113.77 setong atau rugi 0.28 peratus berbanding harga sebelumnya, AS$114.09 setong.

    Kedua-dua minyak mentah berkenaan meningkat melebihi AS$114 meskipun pakar meramalkan tidak mungkin ada sebarang sekatan rasmi oleh EU terhadap minyak dan gas dari Rusia dalam masa terdekat, dengan beberapa negara mempunyai alasan sah itu menolak usul berkenaan.

    Pakar menyatakan sebarang langkah jaminan, akan menjadi lebih sulit dan bakal menyebabkan Rusia terpaksa meningkatkan kos untuk mengeksport minyak mentahnya, sesuatu yang dilihat memberi kesan yang lebih buruk daripada sekatan lain sebelum ini.

    Kenaikan harga turut dicemari dengan laporan EU yang berunding dengan Israel mengenai prospek mengimport gas asli cecair dari loji Mesir, tindakan yang mungkin mengurangkan pergantungan blok seranau itu terhadap bekalan gas asli Rusia, serta meningkatkan kebarangkalian untuk EU mengenakan sekatan terhadap sumber Rusia.

    Bagaimanapun, harga minyak mentah, yang diindeksnya kepada dolar Amerika, menyaksikan beberapa sokongan terutama disebabkan kejatuhan nilai mata wang itu. – Bernama

    Seorang pemandu mengisi lori tangkinya dengan minyak mentah untuk diproses menjadi gas di Marathon Refinery di Bandar Salt Lake pada 25 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...