Harga minyak AS mula meningkat

SINGAPURA, 30 APRIL – Harga minyak AS meningkat AS$17 setong hari ini ketika pasaran yang terjejas akibat virus dipulihkan oleh data yang menunjukkan peningkatan permintaan dan kenaikan daripada yang dijangkakan dalam simpanan di ekonomi teratas dunia.

Penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI) meningkat 16.4 peratus kepada AS$17.53 setong dalam dagangan pagi Asia, selepas melonjak lebih daripada suku kelmarin.

Minyak mentah Brent, penanda antarabangsa, meningkat 10.4 peratus kepada AS$24.90 setong.

Harga minyak jatuh ke paras terendah dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana permintaan yang merosot akibat perintah berkurung di seluruh dunia mencetuskan lebihan besar-besaran dan menyebabkan kapasiti penyimpanan penuh.

Namun, harga mula mencatatkan rali kukuh pada Rabu selepas data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS menunjukkan bahawa simpanan minyak mentah dalam ekonomi terbesar di dunia itu meningkat sekitar sembilan juta tong.

Ia adalah di bawah jangkaan pasaran yang mengunjurkan pertambahan sebanyak 11.7 juta tong, menurut penganalisis.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa permintaan mungkin meningkat dengan bekalan petrol mingguan meningkat sebanyak 549,000 tong sehari, yang paling banyak sejak Mei tahun lalu, lapor Bloomberg News. – AFP