Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Harga minyak naik 30 peratus di Indonesia

-

JAKARTA, INDONESIA, 4 SEPT – Harga minyak naik kira-kira 30 peratus di seluruh Indonesia semalam selepas kerajaan mengurangkan beberapa subsidi yang berjaya mengekalkan inflasi pada tahap paling rendah di dunia di ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Penduduk Indonesia dibelenggu kebimbangan berminggu lamanya mengenai kenaikan dalam harga gasolin bersubsidi Pertalite RON-90 yang dijual oleh Pertamina, syarikat minyak dan gas milik kerajaan. Barisan panjang motosikal dan kereta kelihatan di stesen minyak ketika pemandu dan penunggang menunggu berjam-jam lamanya untuk mengisi tangki mereka dengan minyak lebih murah sebelum kenaikan berkuat kuasa semalam.

Kenaikan itu, yang pertama dalam lapan tahun, menambah harga gasolin daripada 51 sen kepada 67 sen seliter dan minyak diesel daripada 35 sen kepada 46 sen.

Presiden Joko Widodo berkata keputusan untuk menaikkan harga minyak merupakan pilihan terakhirnya ketika subsidi minyak negara meningkat tiga kali ganda pada tahun ini kepada 502 trilion rupiah daripada belanjawan asalnya, dicetuskan oleh kenaikan harga minyak dan gas global.

Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati berkata pihak berkuasa sedang memantau kesan kenaikan harga minyak ke atas inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Inflasi adalah sederhana dengan kesan sebahagian besarnya diserap menerusi belanjawan yang dirangsang oleh subsidi minyak. Inflasi mencecah 4.6 peratus pada Ogos ketika Bank Indonesia berkata ia akan menilai semula prospek inflasi dalam respons terhadap dasar harga minyak kerajaan. – AP

Seorang pekerja mengisi tangki minyak motosikal selepas kerajaan mengumumkan kenaikan dalam harga minyak di sebuah stesen minyak di Jakarta, Indonesia pada 3 September. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -