Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Harga minyak naik hampir 130 peratus di Syria

    DAMSYIK, 7 OGOS – Kementerian perdagangan Syria mengumumkan kenaikan harga petrol hampir 130 peratus di negara yang berdepan kekurangan bekalan minyak dan bekalan elektrik terputus yang berterusan.

    Harga satu liter minyak bersubsidi akan naik kepada 2,500 pound daripada 1,100 sebelum ini, kenaikan sebanyak 127 peratus, kata kementerian dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita SANA lewat semalam.

    Kos petrol tanpa subsidi akan naik daripada 3,500 kepada 4,000 pound, tambah kementerian.

    Kenaikan merupakan kali ketiga pihak berkuasa telah menaikkan harga minyak pada tahun ini, ketika nilai mata wang pound Syria terus menyusut.

    Mata wang Syria diniagakan pada kira-kira 4,250 berbanding dolar di pasaran gelap, berbanding dengan kadar rasmi 2,814.

    “Langkah ini akan memberi kesan kepada semua orang,” kata Raed al-Saadi, pekerja gudang. “Gaji kami sekarang hanya cukup untuk membawa kami ke tempat kerja, malah tidak cukup untuk membawa kami pulang.”

    “Kehidupan telah menjadi amat sukar dan saya tidak tahu di mana situasi ini akan membawa kami,” tambah lelaki berusia 24 tahun itu.

    Sejak perang meletus pada 2011, sektor minyak dan gas Syria telah mengalami kerugian teruk bernilai puluhan bilion dolar.

    Ekonomi telah terjejas teruk akibat perang berpanjangan dan sekatan yang dikenakan ke atas Damsyik.

    Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Mac menggesa semakan semula sekatan ke atas rejim Presiden Bashar al-Assad berikutan kebimbangan langkah tersebut memberi kesan teruk kepada rakyat. – AFP

    Barisan panjang kereta kelihatan di sebatang jalan sibuk di ibu negara Syria Damsyik. Kementerian perdagangan Syria mengumumkan kenaikan harga petrol hampir 130 peratus kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...