Harga minyak naik

HONG KONG, 13 JUN – Harga minyak naik hari ini selepas Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) melaporkan dua buah kapal tangki telah diserang di Teluk Oman, sekali gus mencetuskan kebimbangan geopolitik di rantau yang kaya dengan minyak mentah itu.

Kedua-dua kontrak utama meningkat kira-kira tiga peratus selepas Tentera Laut berkata kapalnya telah menerima panggilan kecemasan ekoran ‘serangan ke atas kapal tangki’, sementara perkhidmatan maklumat perkapalan yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Britain melaporkan satu ‘kejadian.’

“Kami tahu ketegangan geopolitik di rantau semakin buruk dan menambah kebimbangan bekalan dari segi bekalan terputus untuk jangka pendek,” kata Neil Wilson, ketua penganalisis pasaran di Markets.com.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan harga tidak mungkin kekal tinggi untuk masa lama, menambah: “Dengan prospek permintaan amat suram tidak masuk akal pasaran akan berakhir pada masa terdekat,” tambah beliau. – AFP

Seorang peniaga mata wang berjalan di depan skrin yang menunjukkan Indeks Harga Saham Komposit Korea (KOSPI), kiri, dan kadar tukaran asing di antara dolar AS dan won Korea Selatan di bilik perniagaan tukaran asing di Seoul, Korea Selatan kelmarin. Harga minyak naik kelmarin selepas Tentera Laut AS melaporkan dua buah kapal tangki telah diserang di Teluk Oman- AP