Harga minyak Venezuela merosot di bawah AS$10 setong

CARACAS, 26 APRIL – Harga minyak Venezuela telah merosot di bawah AS$10 satu tong – tahap paling rendah dalam lebih dua dekad, kata kerajaan pada Jumaat.

Kementerian minyak berkata harga di antara Isnin dan Jumaat adalah 70.62 yuan – AS$9.90 setong – tahap yang tidak pernah dilihat sejak 1998 apabila ia mencecah AS$9.28.

Sejak 2017, kerajaan Presiden Nicolas Maduro mengumumkan harga minyaknya dalam yuan dan bukan dolar sebagai membantah sekatan AS.

Harga mingguan merosot ke tahap paling rendah sejak pandemik koronavirus bermula. Harga minyak telah merosot sejak 2014 dan memburukkan lagi krisis ekonomi negara yang telah mendesak lima juta warga Venezuela meninggalkan negara, menurut angka PBB. Venezuela bergantung pada pendapatan minyaknya, yang menyumbang kepada kira-kira 96 peratus daripada pendapatan negara.

“Venezuela memerlukan harga lebih daripada AS$30 untuk menjadikannya mampan untuk meneruskan aktiviti mencari gali dan membayar royalti,” kata beliau. – AFP