Thursday, August 11, 2022
23.2 C
Brunei

Harga MSM dijangka tidak akan turun

-

ALOR GAJAH, 3 JULAI – Malaysia menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun di bawah paras RM4,500 satu tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya, beliau sebelum ini menjangka harga komoditi tersebut akan merosot pada akhir tahun ini tetapi ia berlaku lebih awal berikutan faktor larangan eksport oleh Indonesia dan perang Ukraine.

“Harga sawit tidak jatuh sampai kepada tahap RM2,500 seperti dahulu, tetapi seperti yang saya telah jangkakan dahulu saya kata harga sawit norma baharu akan jatuh antara RM4,500 dan RM5,000 satu tan. Oleh itu, kita kini dalam fasa tersebut.

“Jangkaan saya harga tersebut berlaku pada akhir tahun ini tetapi berikutan gangguan dalam pasaran pada masa ini, iaitu Indonesia melarang eksport minyak sawit dan kemudian perang Ukraine menyebabkan harga sawit mula turun.

“Itu yang saya jangka dan ia akan naik semula tetapi norma baharu antara RM4,500 dan RM5,000 satu tan. Jadi apa pun pekebun sawit masih menikmati harga yang tinggi dan masih lagi mendapat pendapatan yang tinggi,” katanya kepada pemberita pada hari ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Hujan lebat ragut 7 nyawa

SEOUL, 9 OGOS – Terowong kereta api bawah tanah dan laluan jalan utama di ibu negara Korea Selatan, Seoul, ditenggelami air selepas hujan lebat...
- Advertisment -