Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Harga pengguna Jepun melonjak ke paras tertinggi

    TOKYO, 18 NOV – Harga pengguna Jepun meningkat 3.6 peratus pada Oktober berbanding tahun sebelumnya sekali gus menandakan paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, berikutan kelemahan yen menyebabkan kos tenaga melambung tinggi.

    Xinhua melaporkan indeks harga pengguna teras (CPI) di seluruh negara yang tidak termasuk barangan makanan segar meningkat untuk bulan ke-14 berturut-turut, mengatasi ramalan kenaikan 3.5 peratus oleh pakar ekonomi di sini, menurut satu laporan hari ini.

    Data terkini menunjukkan inflasi di Jepun mencecah paras tertinggi sejak Februari 1982 susulan kenaikan 3 peratus pada September dan sekali lagi mengatasi sasaran dua peratus oleh Bank Jepun (BOJ).

    CPI kekal pada sasaran dua peratus BOJ selama tujuh bulan berturut-turut tetapi bank pusat itu percaya krisis inflasi global hanya bersifat sementara.

    Komitmen bank terhadap dasar monetari, dilihat berbeza dengan bank pusat utama lain yang secara agresif menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi yang melambung tinggi.

    Jurang kadar faedah yang semakin melebar antara BOJ dan rakan setara globalnya, khususnya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan mata wang Jepun jatuh ke paras terendah dalam tempoh 32 tahun berbanding dolar AS. Kelemahan berterusan yen sejak kebelakangan ini menyumbang kepada peningkatan kos import bagi produk tenaga termasuk gas asli cair dan arang batu serta produk makanan dan kesan buruknya kini dirasai isi rumah miskin di Jepun. – Bernama

    Sebuah kapal kontena kelihatan di terminal pelabuhan Kawasaki berhampiran Tokyo pada 9 Mac 2022.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...