Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga pengguna Jepun menurun

    TOKYO, 27 Jan – Jepun hari ini mencatatkan penurunan harga pengguna tahunan pertamanya dalam tempoh empat tahun, dengan menekankan cabaran yang dihadapi oleh usaha Tokyo mengenepikan deflasi ekonomi dunia nombor tiga itu.

    Data kerajaan menunjukkan harga-harga jatuh 0.3 peratus dalam tahun 2016 dari tahun sebelumnya, ketika perbelanjaan keluarga yang lemah dan kenaikan gaji tidak seberapa menjejaskan inflasi.

    Pada bulan Disember sahaja, harga teras pengguna yang tidak termasuk makanan segar merosot 0.2 peratus dari tahun lalu – agak lebih baik dari jangkaan kejatuhan 0.3 peratus.

    Namun ia masih kejatuhan 10 bulan berturut-turut dan satu lagi tamparan hebat bagi kerajaan dan usaha Bank Jepun untuk mengembangkan ekonomi.

    Bagaimanapun pada Rabu lalu, Jepun mencatatkan lebihan dagangan tahunan pertamanya sejak bencana nuklear Fukushima yang menambah bil import tenaga negara itu.

    Gambar fail pada 30 Disember 2016 menunjukkan jualan akhir tahun di pasar ikan Tsukiji di Tokyo. Indeks harga pengguna Jepun jatuh 0.3 peratus pada 2016, data kerajaan menunjukkan kelmarin. – AFP
    Gambar fail pada 30 Disember 2016 menunjukkan jualan akhir tahun di pasar ikan Tsukiji di Tokyo. Indeks harga pengguna Jepun jatuh 0.3 peratus pada 2016, data kerajaan menunjukkan kelmarin. – AFP

    Angka dagangan yang optimistik juga menunjukkan bahawa eksport meningkat pada Disember buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun, ketika permintaan meningkat bagi alat ganti buatan Jepun dan semikonduktor.

    Jepun melaporkan perbelanjaan keluarga pada Disember dan angka pengeluaran kilang minggu depan.

    Negara itu berusaha untuk mengundurkan lingkaran deflasi kejatuhan harga bertahun-tahun dan pertumbuhan ekonomi yang suram.

    Perdana Menteri Shinzo Abe mengambil alih jawatannya pada lewat 2012 dan telah melancarkan apa yang beliau gelarkan rancangan pertumbuhan ‘Abenomics’ – gabungan kelonggaran besar kewangan, perbelanjaan kerajaan dan pengurangan pita merah (birokrasi),namun pertumbuhan masih rapuh dan inflasi di bawah sasaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda