Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Harga petrol Vietnam naik lagi

    HANOI, 13 JUN – Harga petroleum di Vietnam telah mencatat rekod baharu selepas diselaraskan buat kali ke-11 tahun ini.

    Bermula Isnin, harga minyak bio RON95 seliter dinaikkan sebanyak 797 dong Vietnam (kira-kira AS$0.034) kepada rekod tinggi 32,375 dong Vietnam. Harga petrol E5 RON92 meningkat 882 dong dan minyak diesel meningkat 2,626 dong.

    Ia adalah penyelarasan ke-14 ke atas harga petrol sejak permulaan tahun ini dan kenaikan berturut-turut keenam sejak 21 April.

    Dalam sesi soal jawab semasa sesi ketiga Perhimpunan Kebangsaan ke-15 Vietnam pada 8 Jun lalu, Menteri Kewangan Ho Duc Phoc berkata, walaupun harga petrol dan minyak dalam negara pada paras tinggi, ia masih rendah berbanding di negara-negara jiran termasuk Laos dan Kemboja. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...