Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga saham syarikat penerbangan global meningkat

    GENEVA, 13 Julai – Harga saham syarikat penerbangan global meningkat dan mengatasi indeks ekuiti global untuk bulan ketiga berturut-turut pada Jun, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) semalam.

    “Pemulihan dalam perdagangan global membantu menyokong permintaan penumpang premium, terutamanya ke, dari dan di dalam Asia Pasifik,” kata IATA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Geneva.

    Jun juga bulan ketiga berturut-turut di mana saham syarikat penerbangan global mengatasi indeks ekuiti global, kata IATA.

    Saham syarikat penerbangan telah meningkat sebanyak lebih 20 peratus sejak awal tahun 2017, dan kini adalah kira-kira 44 peratus lebih tinggi berbanding masa yang sama pada tahun lalu.

    Permintaan penumpang dan tambang telah meneruskan permulaan yang kukuh yang ditunjukkan oleh mereka pada tahun 2017.

    Faktor muatan penumpang masih tinggi, sementara faktor muatan tambang baru-baru ini berpulih kepada tahap tertingginya sejak Julai 2014.

    IATA mendapati walaupun hasil penumpang masih mencecah 4.5 peratus lebih rendah dari segi tahun-ketahun, data bulanan terbaru menunjukkan trend merosot dalam hasil telah berkurangan.

    Satu peulihan dalam aktiviti ekonomi global dan tambang penerbangan yang lebih rendah sedang menyokong permintaan penumpang, kata IATA. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda