Harga tiket dijangka kembali normal pada Nov

KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, berdasarkan analisa yang dilaksa-nakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19.

Beliau berkata, syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara 18 bulan bagi sektor domestik, dan tiga tahun bagi sektor antarabangsa untuk pulih sepenuhnya, daripada impak wabak COVID-19. – Bernama