Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hargai perjuangan kakitangan perubatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Bagi menghargai kakitangan perubatan yang bertungkus-lumus berkhidmat dan berusaha bagi menangani penyebaran COVID-19 daripada terus menjangkiti ramai orang di negara ini, sekumpulan pesara pustakawan Universiti
    Brunei Darussalam (UBD) bersama sebahagian mereka yang bakal menamatkan perkhidmatan di UBD dan beberapa buah jabatan lainnya telah memberi sumbangan makanan dan minuman bagi para kakitangan perubatan yang terlibat.

    Inisiatif berkenaan yang tercetus daripada perbincangan dalam kumpulan WhatsApp berkenaan membolehkan mereka dan ahli-ahlinya untuk menyumbangkan sejumlah wang yang digunakan untuk membeli barangan makanan dan minuman bagi para kakitangan perubatan yang bertugas.

    Beberapa orang ahli kumpulan yang tinggal di luar Daerah Brunei dan Muara juga ada yang sanggup membeli bara-ngan makanan dan minuman sendiri untuk dihantar secara persendirian.

    Salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang tidak ingin didedahkan namanya menjelaskan bahawa inisiatif yang dilakukan berkenaan merupakan rasa tanggungjawab mereka terhadap kakitangan perubatan yang bertugas mengikut syif bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin dan ia merupakan perkara yang sangat dihargai lebih-lebih lagi pada masa-masa yang sukar ini.

    Sebahagian sumbangan yang disampaikan kepada para kakitangan perubatan yang bertugas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda