Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hargai usaha petugas barisan hadapan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Dalam membantu golongan petugas barisan hadapan yang setelah sekian lama bertungkus-lumus berdepan dengan cabaran krisis kesihatan, Kumpulan Al-Qudwah di bawah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah melaksanakan program khidmat masyarakat yang dikenali sebagai Stronger Together, baru-baru ini.

    Program bermatlamat untuk mengumpulkan barang keperluan hasil sumbangan individu khususnya bagi para petugas barisan hadapan di Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC), Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong.

    Sehubungan itu, sumbangan telah disampaikan oleh Penasihat Kumpulan Al-Qudwah UNISSA, Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman bersama pelajar-pelajar UNISSA yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi kumpulan tersebut.

    Program itu juga bertujuan untuk menyemai impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat bagi melahirkan generasi belia yang mempunyai nilai-nilai murni dan sifat
    prihatin sesuai mengikut sunnah Rasulullah SAW.

    Dr Hajah Ummi Fa’izah bersama ahli-ahli jawatankuasa tertinggi kumpulan berkenaan semasa penyampaian sumbangan barangan keperluan bagi petugas barisan hadapan di Pusat Pengasingan Kebangsaan, Hospital PMMPMHAMB.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...