Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hari Bahasa China sempena festival video CMG

    BEIJING, 21 APRIL – Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyasarkan untuk menggalakkan kepelbagaian budaya dan penggunaan pelbagai jenis bahasa  penting bagi mendorong pencapaian matlamat pembangunan mampan PBB.

    Demikian kata Ketua Pengarah Pejabat PBB di Geneva (UNOG), Tatiana Valovaya ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam program Hari Bahasa Cina PBB sempena Festival Video Seberang Laut CMG edisi kedua, pada Rabu. Beliau turut menyifatkan penganjuran festival video oleh Kumpulan Media China (CMG) itu membolehkan dunia untuk lebih mengenali budaya tradisional China.

    Sementara itu Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya berkata festival itu untuk meraikan kepelbagaian bahasa dan budaya, selain menyebarluaskan multilateralisme.

    “CMG komited terus menggalas misi selaku media yang bertanggungjawab, berusaha ke arah menghapuskan rintangan dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, agar menyumbang kepada keamanan dunia dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” katanya.

    Wakil tetap China ke UNOG, Chen Xu pula menzahirkan harapan supaya Hari Bahasa Cina akan terus berperanan sebagai jendela dan jambatan bagi menggalakkan pertukaran budaya serta persefahaman antara rakyat pelbagai negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...