WASHINGTON, 2 Ogos – Juara Grand Slam tiga kali, Andy Murray kembali meraih kemenangan selepas pembedahan akibat kecederaan rusuk kanan, setelah berjaya menumpaskan pilihan keempat, Kyle Edmund dan mara ke pusingan ketiga ATP dan WTA Terbuka Washington, semalam.
Bekas pemain nombor satu dunia itu yang kini di ranking ke-832, menang ke atas Edmund yang menduduki ranking ke-18 dunia dengan keputusan 7-6 (7/4), 1-6, 6-4, dalam perlawanan yang berlangsung selama dua jam dan 32 minit.
Murray yang berehat selama 11 bulan berikutan kecederaan rusuk sebelum kembali beraksi di gelanggang rumput pada 2 Jun lalu, terlepas perlawanan di Wimbledon. Dia menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Mackenzie McDonald dalam perlawanan pembukaan dengan kemenangan tiga set, sebelum berjaya membalas dendam ke atas Edmund yang menewaskan di Eastbourne Jun lalu.
Murray memecahkan perlawanan akhir untuk menguasai gelanggang, setelah pemain Scotland berusia 31 tahun itu membuat pukulan depan yang berakhir dengan kemenangan.

Sementara itu, pemain Romania di ranking ke-93, Marius Copil, bakal menanti Murray bagi merebut tiket ke suku akhir selepas mengalahkan pilihan ke-14, Jeremy Chardy, 6-4, 6-4.
Manakala juara bertahan Terbuka AS dan pemain nombor tiga dunia Sloane Stephens tewas di tangan pemain Jerman yang berada di ranking ke-91, Andrea Petkovis dalam pusingan kedua dengan kutipan 2-6, 6-4, 6-2.
“Saya bermain OK, sepatutnya saya beraksi lebih baik. Dia beraksi dengan cemerlang. Cuma, kali ini bukan hari saya. Saya gagal melakukan servis yang cukup bagus. Dia cuma beraksi lebih baik,” kata Sloane.
Sloane, yang menjuarai Terbuka Miami Mac lalu dan mara ke separuh akhir di Terbuka Perancis kelihatan bergelut apabila pertama kali kembali beraksi di gelanggang keras dan menjejaskan rentaknya menjelang Terbuka AS. – AFP