Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hari Jualan ASEAN 8 Ogos

    HANOI, 14 JULAI – Hari Jualan Dalam Talian ASEAN 2022 dijadualkan diadakan bermula 8 hingga 10 Ogos ini sempena ulang tahun penubuhan ASEAN ke-55, menurut Agensi E-dagang dan Ekonomi Digital Vietnam, hari ini.

    Program tahun ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Pengerusi ASEAN 2022 Kemboja bersama Singapura dan Vietnam, lapor agensi berita Vietnam.

    Hari jualan tersebut adalah acara beli-belah dalam talian pertama yang akan dijalankan secara kolektif dan dianjurkan setiap tahun sejak 2020.

    Ia menawarkan peluang yang baik kepada perusahaan di seluruh negara ASEAN untuk mempromosi produk-produk mereka dan meningkatkan jualan melalui e-dagang di rantau ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...