Hari kedua jangkitan cecah 50

SEOUL, KOREA SELATAN, 7 JUN – Korea Selatan hari ini melaporkan 57 kes tambahan koronavirus, menandakan hari kedua berturut-turut

bahawa lonjakan hariannya melebihi 50 ketika pihak berkuasa berjuang untuk mengekang lonjakan jangkitan di daerah Seoul yang padat dengan penduduk.

Kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan kepada 11,776 dengan 273 kematian.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea mengatakan 10,552 daripadanya telah pulih, sementara 951 yang lain masih dalam rawatan.

Jangkitan kes Korea Selatan memuncak pada akhir Februari dan awal Mac ketika mencatat ratusan kes baharu setiap hari.

Tetapi wabak itu berkurang dengan ketara di tengah usaha pengekangan virus, pengujian dan rawatan yang agresif, mendorong pihak berkuasa untuk melonggarkan peraturan penjarakan sosial yang ketat. – AP