Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Hari kedua Majlis Konvokesyen IBTE rai 744 graduan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan IBTE

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Seramai 744 orang lagi graduan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) menerima sijil masing-masing pada hari kedua Majlis Konvokesyen IBTE ke-29 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Majlis dibahagikan kepada tiga sesi dengan sesi pertama pada sebelah pagi menyaksikan penyampaian sijil kepada seramai 146 orang penerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 101 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).  

    Antara penerima pada sesi ini ialah graduan dari IBTE School of Building Technology Services dan IBTE School of Energy and Engineering Central.  

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil pada sesi pertama berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh selaku pengerusi Lembaga Pengelola IBTE.

    Sesi kedua pada sebelah pagi pula menyaksikan penyampaian sijil kepada 239 graduan dari IBTE Sekolah Perniagaan  yang terdiri daripada 92 graduan yang menerima Sijil HNTec dan 147 graduan menerima Sijil NTec.

    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah menyampaikan sijil pada sesi pertama majlis berkenaan.
    Dr Haji Azman menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada para graduan pada sesi kedua sebelah pagi.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil-sijil ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad. 

    Manakala itu, pada sesi petang, seramai 258 graduan dari IBTE Sekolah Perniagaan menerima sijil masing-masing iaitu 86 graduan menerima Sijil HNTec dan seramai 172 graduan menerima Sijil NTec.

    Penyampaian sijil pada sesi petang telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab selaku ahli Lembaga Pengelola IBTE.

    Pada majlis berkenaan, tetamu-tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada beberapa orang penerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Khas Pelajar.

    Majlis Konvokesyen IBTE akan diteruskan lagi esok (pagi dan petang) di mana orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga graduan boleh menyaksikan majlis berkenaan secara dalam talian melalui laman sesawang http://ibte.edu.bn/r/29thConvoLive.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...