Hari kelima Sambutan Aidilfitri terus meriah

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Pada hari kelima Hari Raya Aidilfitri, warga Brunei meneruskan tradisi mengunjungi ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Selain mengunjungi ahli keluarga terdekat, cuti Raya juga merupakan masa untuk pulang ke kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga dan mengadakan rumah terbuka sambil menikmati pelbagai juadah bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan para tetamu.

Bagi Haji Kepli dari Tutong yang berkunjung ke rumah terbuka ahli keluarganya di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan di Kuala Belait, Hari Raya Aidilfiri tahun ini bukan sahaja untuk meraikan sambutan tetapi juga menandakan hari jadi cucu saudara mereka dan berkumpul bersama ahli keluarga terdekat.

Bagi Dayang Yanti, kunjungan ke rumah bapa saudaranya, Haji Daud di Kampung Lambak Kanan, Aidilfitri merupakan hari paling istimewa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

“Saya berpeluang mengambil gambar-gambar lama bapa saudara dan ibu saudara saya di Labuan.

“Saya tidak pernah bertemu dengan mereka sebelum ini. Ini adalah saat paling nostalgia bagi kami kerana gambar ini diambil pada tahun 1960an,” katanya.