Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Hari kemuncak ‘A’ Team SUAMPRIPAHS

SEKOLAH Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) baru-baru ini telah mengadakan Hari Kemuncak A-Team, iaitu hari terakhir bagi Kumpulan Bertindak atau Action Team untuk mengadakan aktiviti mereka. Kumpulan A-Team SUAMPRIPAHS adalah antara tujuh buah sekolah yang telah berjaya memasuki peringkat akhir dalam pertandingan A-Team sekolah-sekolah senegara tahun 2016/2017 yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya, Pengarah Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

Acara dimulakan dengan sesi pagi di mana pelajar A-Team, Dayang Khairulisa Zafirah binti Haji Khiruddin telah menyampaikan taklimat motivasi kepada semua pelajar-pelajar tahun tujuh. Taklimat berkenaan telah diadakan di surau sekolah tersebut. Isi kandungan taklimat yang disampaikan adalah mengenai pengorbanan ibu bapa atau penjaga yang sanggup bertungkus-lumus menghantar mereka ke sekolah demi menjadi insan yang berjaya dan berguna. Ianya sekaligus memberi kesedaran terhadap pelajar-pelajar berkenaan. Taklimat juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti ringan, yang dapat mencerdaskan minda dan melatih tumpuan perhatian para pelajar.

Kemudian, acara diteruskan dengan senam aerobik bagi semua pelajar tahun tujuh, sembilan, 10 dan 11 di dewan sekolah berkenaan. Senam aerobik telah diketuai oleh pelajar A-Team, Dayang Hana Adibah binti Haji Awang bersama dengan kelab kecerdasan. Pemberigaan mengenai kepentingan senaman aerobik dan kuiz pembelajaran juga diselitkan dalam acara tersebut.

Guru pengawas dan pelajar-pelajar A-Team SUAMPRIPAHS bergambar ramai bersama guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar.
Guru pengawas dan pelajar-pelajar A-Team SUAMPRIPAHS bergambar ramai bersama guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar.
Dua pelajar A-Team, Dayang Khairulisa (kiri) dan Dayang Nurul Fatin (kanan).
Dua pelajar A-Team, Dayang Khairulisa (kiri) dan Dayang Nurul Fatin (kanan).

Manakala pada sesi sebelah petang pula, anggota A-Team meneruskan aktiviti terakhir mereka di Sekolah Ugama Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Kampun Perpindahan Mata-mata Gadong. Outreach pro-gramme iaitu Program Motivasi Luar Sekolah yang dikendalikan oleh pelajar SUAMPRIPAHS ini adalah bertujuan untuk mencari pengalaman dan mencabar keberanian mereka. Program motivasi ini telah diadakan di bilik taklimat sekolah berkenaan. Ianya telah dihadiri oleh semua pelajar Darjah Pra dan Tahun Satu sekolah ugama berkenaan. Program ini dimulakan dengan penyampaian taklimat motivasi, dengan memberi nasihat kepada para pelajar supaya rajin belajar dan memberi inspirasi agar mereka dapat mencapai cita-cita mereka sendiri. Program ini diakhiri dengan segmen kuiz yang dikendalikan oleh pelajar A-Team, Dayang Nurul Fatin binti Abi.

Ini adalah salah satu cara ‘A’ Team SUAMPRIPAHS dalam menyokong Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengumumkan penggubalan undang-undang tersebut semasa Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22 bagi Tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Di kesempatan itu, pihak A-Team SUAMPRIPAHS menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar yang bekerjasama dalam membantu menjayakan semua aktiviti yang telah dilaksanakan dan berharap agar mereka dapat memperolehi manfaat dan faedah melalui aktiviti yang mereka tempuhi selama lebih kurang dua tahun ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -