Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hari Kerjaya panduan kepada pelajar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK), hari ini, telah menganjurkan Hari Kerjaya sebagai bimbingan kepada para pelajar untuk memilih kerjaya yang bersesuaian apabila mereka berjaya menamatkan pengajian nanti.

    Acara yang berlangsung di sekolah tersebut telah menampilkan beberapa agensi termasuk dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan Pusat Optima Kecergasan.

    Para pelajar dari Tahun 7 hingga 11 yang menghadiri acara itu turut berpeluang mendengarkan beberapa siri pembentangan dan ceramah secara visual termasuklah penerangan mengenai butiran cawangan yang berbeza di bawah setiap kerjaya, jangkaan dan pengalaman pekerjaan.

    Salah seorang guru sekolah berkenaan berbesar hati melihat anggota-anggota yang terlibat pada hari tersebut dapat meluangkan masa untuk memberi panduan dan nasihat kepada para pelajar terhadap kerjaya pilihan mereka.

    Beliau turut menyatakan keyakinannya acara tersebut sudah semestinya akan menjadi pengalaman yang bermanfaat kepada para pelajar.

    Para pelajar juga berpeluang untuk melawat pameran-pameran yang disediakan di mana mereka dapat berinteraksi secara langsung untuk bertanyakan sebarang persoalan kepada pihak-pihak yang terlibat pada acara tersebut.

    Gambar ramai semasa Hari Kerjaya tersebut. – Gambar serahan SMLK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...