Hari Pendengaran Sedunia di Hospital SSB

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 3 MAC – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan untuk memperingati Hari Pendengaran Sedunia, Jabatan Otorinolaringologi (ORL) di Kementerian Kesihatan telah mengendalikan satu siri pameran yang diadakan di seluruh negara, hari ini.

Buat kali pertama, pameran dikendalikan di Daerah Belait yang diadakan Hospital Suri Seri Begawan (SSB) dengan tujuan untuk mengetengahkan kepentingan penjagaan pendengaran serta tanda-tanda dan petunjuk kehilangan pendengaran dan isu-isu yang mungkin berlaku.

Ini dicapai menerusi petak-petak pameran yang diadakan oleh pelbagai pegawai perubatan untuk memberigakan maklumat berkaitan mengenai penjagaan
pendengaran.

Antara topik yang diketengahkan dalam pameran itu termasuk bertemu ahli audiologi, pemeriksaan pendengaran dengan aplikasi HearWHO, program pemeriksaan pendengaran anak damit baharu lahir dan Terapi Verbal Auditori.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan telinga serta mendaftar bagi Silent Walk semasa pameran itu yang bertujuan untuk menggalakkan penjagaan pendengaran di seluruh negara, bukan sahaja menerusi diagnosis dan rawatan, malah intervensi dan sokongan dalam menguruskan penyakit-penyakit telinga dan kehilangan pendengaran.

Dengan tema Hearing for Life bagi Hari Pendengaran Sedunia tahun ini, Jabatan ORL berharap bahawa pameran itu akan membantu mencegah masalah dan kehilangan pendengaran bagi semua peringkat usia di negara ini.

Salah seorang pengunjung mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan yang hadir semasa pameran mengenai penjagaan pendengaran di Hospital SSB.