Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari terbuka PSB disambut meriah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan Hari Terbuka Pusat Sejarah Brunei 2024 selama dua hari bertempat di PSB, di ibu negara, baru-baru ini.

    Antara objektif utama hari terbuka berkenaan diadakan adalah untuk mempromosi PSB serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Brunei melalui aktiviti pendidikan yang menyeronokkan di samping meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.

    Sebanyak tujuh pertandingan diadakan sepanjang hari terbuka berkenaan iaitu Pertandingan Barista Kopi; Pertandingan Pakaian Retro; Peraduan Mari Mewarna; Peraduan Menulis Jawi; Kahoot Sejarah; Kuiz Galeri Sejarah; dan Sayangi Rekod Kitani yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai secara mendaftar dan walk-in.

    Hari terbuka berkenaan turut menerima tajaan utama daripada Syarikat Samima Sdn Bhd; Chef Q dan Syarikat A&F K.S.K.A Sdn Bhd dengan menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya Shooting Duck; Darts; Bumpercars; Football Hand; dan Shooting Cups. Acara turut dimeriahkan dengan Pasar Nostalgia yang disertai oleh lebih daripada 20 vendor makanan dan minuman.

    Gambar ramai peserta yang mengikuti Pertandingan Pakaian Retro pada Hari Terbuka PSB, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PSB
    Para peserta mengenakan pakaian retro untuk menambat hati juri semasa Hari Terbuka Pusat Sejarah Brunei, baru-baru ini. Ia diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat mempelajari sejarah Brunei. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara peserta yang menyertai Peraduan Menulis Jawi. – GAMBAR SERAHAN PSB
    GAMBAR SERAHAN PSB
    GAMBAR SERAHAN PSB
    GAMBAR SERAHAN PSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda