Oleh Daniel Lim
BELAIT, 22 NOV – Sebagai sebahagian daripada pertumbuhan pelajar dalam perjalanan akademik berterusan mereka sepanjang tahun, Sekolah St James telah mengadakan hari terbuka sekolah yang berlangsung di kawasan premis sekolah yang terletak di sepanjang Jalan Mckerron baru-baru ini.
Dalam acara itu terdapat pelbagai permainan dan persembahan yang menyeronokkan yang mana para pelajar diberi peluang menunjukkan bakat dan membuat persembahan.
Timbalan pengetua sekolah, Leonardo Amo dalam ucapannya menjelaskan bagaimana hari terbuka yang diadakan tahun ini menandakan kembalinya acara tahunan selepas berehat selama tiga tahun disebabkan COVID-19.
“Selepas beberapa hari latihan, kita boleh menyaksikan pelajar Sekolah St James mempamerkan bakat dan kemahiran mereka kepada pengunjung, ibu bapa dan penjaga mereka.
“Seperti yang sedia maklum, CCA merangsang kreativiti, meningkatkan kemahiran sosial dan organisasi, mengembangkan minat dan bakat, serta memberi peluang untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan,” tambahnya.
Dalam pada itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah sebahagian daripada acara hari terbuka itu termasuk beberapa persembahan oleh pelajar sekolah, yang terdiri dari peringkat tadika hinggalah pelajar senior Tahun 11 mereka.
Timbalan pengetua menyatakan sambutan itu adalah sebahagian daripada misi sekolah untuk mencapai pendidikan seimbang yang merangkumi kedua-dua pembelajaran dan CCA.
“Ia juga peluang terbaik pelajar untuk berehat, melepaskan tekanan mereka dan berseronok!” katanya lagi.