Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hari Terbuka UBD hingga esok

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Lepasan sekolah dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dialu-alukan untuk menghadiri Hari Terbuka UBD yang diadakan secara maya dan fizikal bermula hari ini hingga 12 Februari.

    Acara fizikal diadakan di Sunken Courtyard, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), UBD, di mana pemohon yang berminat perlu menempah slot melalui aplikasi QueUp terlebih dahulu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UBD, pengunjung terhad kepada 75 individu, ditemani seorang ibu bapa atau penjaga, dalam tiga slot masa tersedia setiap hari. Pengunjung juga dikehendaki menjalankan ujian pantas antigen (ART) yang diselia sebe-lum dibenarkan masuk ke tempat tersebut.

    Butiran mengenai program dan syarat penyertaan masing-masing juga boleh didapati secara dalam talian melalui laman sesawang www.ubdopenday.com.

    Dalam pada itu, orang ramai yang berminat juga boleh mengikuti Ekspo Maya Pendidikan Tinggi 2022 anjuran Kementerian Pendidikan yang sedang berlangsung sehingga esok.

    Acara maya itu boleh diakses dengan melayari www.heexpo.moe.gov.bn.

    Kenyataan menyatakan bahawa ekspo tersebut me-ngurangkan keperluan untuk hubungan fizikal serta meningkatkan keupayaan dalam mendekati lebih ramai pelawat apabila Negara Brunei Darussalam memasuki Fasa Endemik. 

    Turut serta dalam ekspo itu ialah pelbagai jabatan, bahagian dan unit di bawah Kementerian Pendidikan serta agensi lain, institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan perkhidmatan dan bantuan mereka.

    Acara fizikal diadakan di PAPRSB IHS di mana pengunjung perlu membuat tempahan menerusi aplikasi QueUp terlebih dahulu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...