Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Sempena Hari Wanita Antarabangsa setiap 8 Mac di seluruh dunia, Negara Brunei Darussalam turut menyambut dan meraikannya sebagai komitmen terhadap Konvensyen Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Sehubungan itu, Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) akan dinyalakan dengan lampu berwarna ungu sebagai lambang dan warna rasmi sambutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bermula hari ini sehingga 8 Mac bermula pukul 7 malam sehingga 5 pagi.
