NEW DELHI, 10 Jan – Tiga kanak-kanak telah dibunuh oleh seekor harimau bintang dalam siri serangan baru-baru ini di luar bandar India, menurut laporan media dan pakar hidupan liar.
Dua daripada kanak-kanak itu maut di sebuah kampung di tengah India – kemungkinan oleh harimau bintang yang sama – dengan budak lelaki berusia 14 tahun dibunuh di utara negara itu, berdekatan kawasan pemuliharaan hidupan liar. Kesemuanya dibunuh pada Ahad, menurut laporan.
Dengan bilangan harimau bintang mencecah ribuan dan penduduk India lebih 1.3 bilion orang, serangan kucing besar itu sering berlaku puluhan kali setahun di seluruh India.
“Pada umumnya, kisah manusia dan harimau bintang adalah kisah kewujudan bersama,” kata Pranav Chanchani, penyelaras Program Pemuliharaan Harimau di WWF-India.
“Terdapat ramai jutaan orang hidup berdekatan dengan populasi harimau bintang itu,” katanya, namun hanya sedikit sahaja yang berdepan serangan seperti itu. – AP
