Harimau bintang Persia ditemui

QUETTA, PAKISTAN, 21 MEI – Sepasang harimau bintang Persia unik yang ditemui di Pakistan untuk kali pertama tahun lalu telah dirakam dan digambar di hutan, kata pegawai hari ini.

Sharifuddin Baloch, pegawai pemuliharaan kanan di wilayah Balochistan, berkata pasangan itu pertama dilihat oleh renjer di Taman Hidupan Liar Hazarganji enam bulan lalu.

“Kami melengkapi kakitangan kami dengan kamera dan binokular untuk merakam dan mengambil gambar haiwan berkenaan dan berjaya melakukannya bulan ini,” kata Baloch.

Harimau bintang Persia adalah haiwan asli di Turki, Iran, Afghanistan dan Caucasus. – AFP