NEW DELHI, 15 Okt – Seekor harimau yang telah membunuh empat orang penduduk kampung di tengah India telah mati selepas terkena renjatan elektrik, menurut seorang pegawai hari ini, yang menamatkan usaha memburu oleh renjer bersenjata bagi haiwan itu.
Mahkamah negeri Maharashtra telah mengeluarkan perintah tembak bunuh Jumaat lalu ke atas harimau betina berusia dua tahun itu selepas mangsa terbarunya, seorang wanita meninggal dunia awal bulan ini.
Namun usaha untuk menangkap atau membunuhnya telah dihentikan selepas ia berkeliaran di kawasan pagar elektrik berhampiran sebuah kampung awal semalam, menurut Rishikesh Ranjan, pengarah lapangan Pench Tiger Reserve.
“Harimau itu telah mati pada pukul 2:30 pagi selepas terkena kejutan elektrik. Kami telah menemui bangkainya,” dia memberitahu AFP.
“Pagar itu dibina oleh penduduk kampung untuk menjauhi haiwan-haiwan liar, terutama-nya babi jantan,” tambahnya.
Harimau itu yang diberi nama “Kala” yang bererti hitam dalam bahasa Hindu, pada asalnya ditangkap pada Julai lalu selepas membunuh dua orang penduduk kampung dan mencederakan dua orang lagi di Brahmapuri di negeri Maharashtra.
Ia dipasangkan dengan kolar radio dan kemudian di bebaskan ke Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Bor yang berhampiran, tetapi kemudian menyerang dan membunuh dua orang lagi. – AFP