Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya boleh ‘makan’ Kyrgyzstan, Taiwan

    PETALING JAYA, 14 NOV – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin optimis Harimau Malaya mampu mengatasi Kyrgyzstan dan Taiwan dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

    Beliau berkata peluang dilihat lebih seimbang untuk skuad kendalian Kim Pan Gon apabila melayan kunjungan Oman di laman sendiri pada Mac tahun depan.

    Berdasarkan prestasi Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, Hamidin berkata keyakinannya terhadap kemampuan skuad negara berada pada tahap lebih 50 peratus untuk mara ke peringkat seterusnya bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

    “Kita usaha cukup tinggi dan pasukan ini boleh makan Kyrgyzstan dan Taiwan, Oman pula 50-50 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini merupakan ujian buat Pan Gon memandangkan kita akan main di laman sendiri dan di luar pada pusingan kelayakan nanti.

    “Kalau tanya saya, ada keyakinan 55 peratus. Sebagai presiden saya perlu yakin, ini bukan main-main tetapi semua kena buat kerja dari jurulatih, pegawai, pemain dan kakitangan. Bagaimanapun, itu semuanya dengan izin Allah SWT,” katanya kepada pemberita.

    Pada masa sama, beliau turut mencabar barisan pemain serta kejurulatihan agar mara sejauh mungkin dalam peringkat Kelayakan Piala Dunia 2026.

    Malaysia membuka tirai saingan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-97 dunia Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi di tempat lawan menentang Taiwan (ranking ke-152) pada 21 November. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda