Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Harimau Malaya di landasan tepat – Safiq

    KUALA LUMPUR, 29 MAC – Pemain berpengalaman Safiq Rahim menyifatkan prestasi ditampilkan barisan pemain negara pada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS di Singapura baru-baru ini, mampu menghadirkan kejayaan buat skuad Harimau Malaya pada saingan Kelayakan Piala Asia 2023, Jun depan.

    Bekas kapten skuad negara itu berkata barisan pemain sudah dapat membentuk keserasian bersama ketua jurulatih Kim Pan Gon biarpun pengendali dari Korea Selatan itu baharu bersama skuad kebangsaan kira-kira dua minggu lepas.

    “Menerusi tiga perlawanan persahabatan ini apa yang boleh dikatakan, pasukan ini boleh pergi jauh dan di bawah Pan Gon kami banyak mempelajari benda baharu selain berhasil menambah baik corak permainan kami.

    “Kami juga mula faham dengan kehendaknya dalam permainan ingin ditonjolkan. Justeru, daripada keserasian itu saya berharap ia mampu memberi keputusan yang baik pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 nanti,” katanya dalam klip audio yang dikongsikan kepada media hari ini.

    Pemain lincah Muhammad Faisal Abdul Halim berkata kehadiran jurulatih dari Korea Selatan itu membawa sesuatu perubahan dalam pasukan kebangsaan.

    “Bagi saya daripada perlawanan itu memang ada perubahan dirasai namun kami memerlukan sedikit masa untuk memperbetulkan apa yang kurang sepanjang beraksi tempoh hari,” katanya.

    Pasukan bimbingan Pan Gon menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura, yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023, selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas kelab Singapura Albirex Niigata FC, semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...