Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Harimau Malaya terima undangan aksi persahabatan enam negara

    KUALA LUMPUR, 11 FEB – Jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan dilihat menjadi medan sulung buat ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon untuk menguji kekuatan pasukan menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

    Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa itu, sebanyak enam negara telah menyatakan minat untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya.

    Tanpa mendedahkan negara-negara tersebut, Mohd Saifuddin berkata FAM terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan daripada Pan Gon sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

    “FAM akan umumkan semuanya pasal perlawanan persahabatan semasa sidang media bersama Kim (Pan Gon) nanti. Setakat ini FAM sudah menerima pelawaan dari enam negara tetapi tidak boleh mengulas lanjut.

    “FAM kena dapatkan keputusan daripada jurulatih sama ada beliau bersetuju atau tidak untuk bermain dan perlawanan-perlawanan mana yang dia nak (daripada kesemua pelawaan),” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...