Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Harimau Muda layak ke Piala Asia B23

    KUALA LUMPUR, 13 SEPT – Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia secara teknikalnya layak ke pusingan akhir Piala Asia B23 di Qatar, tahun depan.

    Berdasarkan kiraan, skuad Harimau Muda kendalian E Elavarasan muncul antara empat naib juara terbaik daripada 11 kumpulan selain mempamerkan rekod disiplin lebih baik berban-ding pencabar terdekat Iran yang mengumpul lebih tiga kad kuning atau merah.

    Tiga pasukan naib juara terbaik iaitu Kuwait, Tajikistan dan China terlebih dahulu telah mengesahkan tiket ke Qatar.

    Wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika dihubungi Bernama berkata ketika ini pihaknya masih menunggu pengumuman rasmi daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

    Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 pada edisi 2018 dan 2022. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...