NEW DELHI, 13 OKT – Pihak berkuasa hidupan liar India hari ini menangkap seekor harimau yang disalahkan atas kematian 13 orang dalam tempoh 10 bulan, kata pegawai.
Dinamakan ‘Conflict Tiger’ atau CT-1, harimau jantan berusia 5 tahun itu sudah disuntik ubat pelali dan ditangkap hampir seminggu selepas pegawai mengesahkan ia memberi ancaman kepada manusia dan mengarahkannya untuk ditangkap.
Menurutnya CT-1 telah dipindahkan ke rantau Nagpur dan dipantau oleh doktor haiwan sebelum ia dilepaskan atau kekal dalam kurungan. – AFP