Harimau Tasmania ‘dihidupkan’ semula dalam filem berwarna

SYDNEY, 7 SEPT – Harimau Tasmania terakhir dalam kurungan dan dirakamkan dalam filem hitam putih berabad lamanya, ‘dihidupkan’ semula melalui pewarnaan filem itu, menawarkan satu imbasan sepintas lalu kehidupan makhluk yang kini sudah pupus itu.

Binatang dengan nama saintifik thylacine itu menyerupai serigala, lebih dikenali sebagai harimau Tasmania kerana kulit berbelangnya, pernah menjadikan Australia dan pulau New Guinea sebagai habitatnya sebelum pupus 85 tahun lalu.

Hanya sedikit rakaman mengenai haiwan itu ditemui – lebih kurang dalam tiga minit tanpa suara daripada filem hitam putih – yang dikatakan mengisahkan kehidupan elusif haiwan itu.

Arkib Filem dan Bunyi Nasional Australia (NFSA) mengatakan rakaman sedutan luar biasa ini, daripada filem selama 80 saat harimau Tasmania terakhir yang diketahui, digelar Benjamin kini sudah pun diwarnakan.

Agensi kerajaan menyerahkan rakaman itu kepada Samuel Francois-Steiniger dari Composite Films, berpangkalan di Paris yang menyelesaikan proses pewarnaan sukar dalam masa lebih 200 jam. Sedutan filem menunjukkan marsupial karnivor itu berjalan dalam sebuah kurungan kecil, berbaring, menghidu dan mencakar – dengan warna kulitnya berwarna pasir dan belang-belang hitam tebal. – AFP

Gambar serahan rakaman filem dari NFSA menunjukkan harimau Tasmania terakhir pernah ditemui daripada rakaman tahun 1933. – AFP