Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hariz dituduh sanggup buat apa sahaja

    Berani tayang tubuh sasa di televisyen, pelakon baharu Hariz Hamdan menjelaskan dia hanya mengikut kehendak pengarah dalam melakonkan babak yang memerlukan menampakkan badan.

    Kata Hariz, 20, sebagai pendatang baharu dia hanya menerima arahan dan cuba mengikut kemahuan watak selagi ia tidak keterlaluan dan mendatangkan aib kepadanya.

    “Saya seorang pelakon dan hanya buat perkara itu ikut kemahuan penga- rah dan watak.

    “Kalau pengarah minta saya buka baju, saya ikut tapi dengan syarat ia tidak berlebihan.

    “Saya juga akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu dan bukan sewenang-wenangnya menanggalkan pakaian,” katanya kepada wartawan.

    Hariz memberitahu penampilan adalah satu kelebihan tetapi bakat memainkan peranan penting untuk terus kekal dalam industri. – Agensi

    Hariz berkata demikian ketika ditemui di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Hariz menyangkal dakwaan dirinya sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat tawaran lakonan lebih banyak termasuk menayang tubuh sasanya.

    Tegasnya, dia bukan seorang pelakon murahan yang hanya mengikut kata sebaliknya berani menolak sebarang permintaan sekiranya apa diminta keterlaluan dan boleh menjatuhkan maruah.

    “Kita kena jaga maruah, saya juga manusia biasa yang tetap berpegang kepada hak dan had yang patut dibatasi,” jelasnya.

    Sementara itu, mengulas tentang isu rupa dan bakat yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, Hariz memberitahu penampilan adalah satu kelebihan tetapi bakat memainkan peranan penting untuk terus kekal dalam industri.

    “Bagi saya penting seorang pelakon itu memainkan watak sesuai dengan wajahnya… sebagai pelakon kita perlu melakonkan watak yang diberikan dan rupa hanyalah bonus.

    “Rupa dan penampilan memberi kelebihan tetapi bagi memastikan sese-orang itu dapat kekal relevan adalah bakat dimilikinya,” katanya yang turut menyertai kelas lakonan bagi memantapkan persembahannya.

    Dalam perkembangan lain, Hariz memberitahu dia bakal masuk lokasi penggambaran dua drama berjudul Obses serta Andai Itu Takdir. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...