Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Hariz tolak lamaran watak hero

    Memiliki pakej yang sempurna, namun, ia bukanlah penentu seseorang pelakon layak diangkat sebagai hero drama.

    Menyedari masih kekurangan pengalaman, apatah lagi, baru dua tahun berjinak-jinak dalam dunia lakonan, pelakon Hariz Hamdan ketepikan perasaan kecewa belum rezeki membawa watak hero.

    Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan melihat dirinya belum layak ke arah itu.

    Dicungkil bakat menerusi pertandingan Hero Remaja 2020, Hariz meletakkan sasaran tahun depan untuk mengejar impiannya.

    “Saya anggap diri masih hijau. Jadi, saya belum terfikir memikul tanggungjawab sebagai hero.

    Menyedari masih kekurangan pengalaman, pelakon Hariz Hamdan ketepikan perasaan kecewa belum rezeki membawa watak hero. – Agensi

    “Sebenarnya, ada sahaja penerbit dan produksi menawarkan watak hero, tetapi saya sendiri menolak peluang keemasan dengan baik.

    “Buat masa ini, saya selesa mengukur baju di badan sendiri. Seperti ditegaskan, saya belum cukup ilmu mahu memegang watak utama. Saya kena gilap bakat lakonan dengan menghadiri kelas lakonan.

    “Rupa dan bakat yang sedikit belum cukup kuat. Sebab itu, saya fokus dengan menerima watak pembantu dahulu. Insya-Allah, ada rezeki boleh mempertimbangkan jadi hero, tahun depan,” katanya kepada media.

    Apa lebih utama, Hariz yang juga pelakon seangkatan Nadhir Nasar dan Meerqeen ini diberi limpahan rezeki dengan tawaran lakonan yang tidak putus-putus.

    “Alhamdulillah, tawaran berlakon sentiasa tidak putus. Sebagai contoh, saya sudah dua drama bekerjasama dengan syarikat produksi, Country Universal Sdn Bhd milik Jalena Rejab ini.

    “Kali pertama, drama Air Mata Allisya yang disiarkan di TV9 lakonan Keith Foo dan Sophia Albarakbah di bawah arahan Kyoll Hamzah.

    “Kali kedua juga sentuhan pengarah yang sama menerusi drama Cinta Hilang Kata.

    “Drama ini juga diterajui Sophia bersama Shah Jaszle,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Hariz juga sudah membintangi filem Banglo Seksyen 12 dan Jemputan Ke Neraka yang masih menanti tayangan.

    “Filem Banglo Seksyen 12 diinspirasikan daripada novel nukilan Hasrudi Jawawi menggunakan judul sama. Penggambaran filem seram ini, tahun lalu.

    Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan pula dibintangi Sharifah Sakinah, Janna Nick, Hafreez Adam, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.

    “Namun, saya bukanlah bawa watak hero dalam filem ini,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...