Harold musnahkan kawasan peranginan Tonga

NUKU’ALOFA, 9 APRIL – Siklon tropika Harold yang terus mara, memusnahkan kawasan peranginan di Tonga hari ini, menambahkan kebinasaan dalam seminggu jejaknya di seluruh negara selatan Asia Pasifik, meragut berpuluh-puluh nyawa.

Siklon itu mencapai kelajuannya ketika ia melanda pulau kecil itu, yang mengisytiharkan perintah kecemasan, memberi amaran kepada penduduk untuk mencari perlindungan daripada angin kencang dan air laut yang tinggi.

Sehingga awal hari ini, ia sekali lagi menjadi taufan super Kategori Lima—mengejutkan ahli meteorologi selepas awal minggu ini meramalkan bahawa taufan itu semakin lemah.

Membawa angin sehingga 260 kilometer sejam, ia telah menyebabkan bekalan tenaga di sebahagian

negara itu terputus manakala polis mengatakan sekurang-kurangnya tiga kawasan peranginan di ibu negara musnah.

Siklon itu meragut 27 nyawa di kepulauan Solomon minggu lalu sebelum menuju ke tenggara dan melanda Vanuatu sebagai taufan Kategori Lima, meranapkan seluruh bandar di wilayah utara.

Tiada laporan kematian di Vanuatu, Fiji atau Tonga dengan pekerja kecemasan mengatakan penduduk di kawasan paling terjejas sudah pun ditempatkan di kawasan perlindungan lebih awal. – AFP