Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Harris hargai Poland, bantu sejuta pelarian Ukraine

    WARSAW, POLAND, 10 MAC — Naib Presiden AS, Kamala Harris hari ini memuji rakyat Poland atas kemurahan hati mereka kerana mengambil lebih daripada satu juta pelarian sejak Rusia menyerang Ukraine bulan lalu.

    Harris membuat komen itu ketika dia bertemu dengan Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki beberapa jam selepas Dewan AS meluluskan rang undang-undang perbelanjaan besar-besaran yang merangkumi bantuan AS$13.6 bilion untuk Ukraine dan sekutu Eropahnya. Undang-undang ini merangkumi AS$6.8 bilion untuk menjaga pelarian dan bantuan ekonomi lain kepada sekutu.

    “Saya telah menonton atau membaca tentang kerja orang biasa melakukan perkara-perkara yang luar biasa dan jadi saya ucapkan terima kasih kepada awda dari rakyat Amerika,” kata Harris.

    Harris juga bertemu dengan Presiden Poland, Andrzej Duda dan kedua-duanya dijadualkan mengadakan sidang akhbar petang. Kemudian hari ini, naib presiden AS dijadualkan bertemu dengan pelarian Ukraine yang telah melarikan diri ke Poland sejak pencerobohan Rusia bermula.

    Naib presiden AS juga dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau semasa di Warsaw. Pemimpin Kanada telah berada di Eropah dalam beberapa hari kebelakangan ini bertemu dengan sekutu mengenai Ukraine. – AP

    Kamala Harris berjabat tangan dengan Mateusz Morawiecki selepas Dewan AS meluluskan rang undang-undang perbelanjaan besar sebagai bantuan untuk Ukraine dan sekutunya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...