Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Harris umum bantuan bencana AS$1 bilion

    WASHINGTON, 1 OGOS – Rumah Putih telah meluluskan suntikan wang AS$1 bilion untuk negeri-negeri yang berdepan bencana banjir dan cuaca panas melampau yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim.

    Naib Presiden Kamala Harris dijangka mengumumkan program dana tersebut hari ini pada satu acara di Miami bersama Ketua Agensi Pengurus Kecemasan Persekutuan dan pegawai-pegawai berkaitan.

    Jaminan itu akan membantu komuniti negara berkenaan untuk bersedia dan bertindak terhadap bencana berkaitan iklim.

    “Kami akui impak daripada krisis bencana alam itu ada, dan kita perlu melabur kepada pembangunan mapan dalam melindungi komuniti, infrastruktur dan ekonomi,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

    Pengumuman tersebut muncul ketika jumlah korban akibat banjir besar di Kentucky terus meningkat kelmarin di tengah-tengah ancaman hujan lebat.

    Sementara di Barat, kebakaran hutan di California dan Montana terus merebak ditambah dengan angin kencang, panas yang melampau serta merebak ke kawasan kejiranan menyebabkan arahan pemindahan dikeluarkan.

    Kebanyakan negeri barat terus mengeluarkan amaran gelombang haba di tengah-tengah kemarau yang berpanjangan menyebabkan takungan air mengering dan mengancam penduduk setempat di seluruh rantau itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...