Harry dan meghan mulakan kehidupan seperti orang biasa

LONDON, 19 JAN – Putera Harry dan isterinya Meghan memulakan hidup baharu hari ini sebagai orang kebanyakan dengan kebimbangan kewangan dan keselamatan selepas perlucutan gelaran diraja dan pembiayaan awam oleh Ratu.

Pengumuman penyelesaian yang dikeluarkan Istana Buckingham kelmarin, menyaksikan raja berusia 93 tahun menganggap peranannya yang sangat menyakitkan dalam menguruskan krisis keluarga yang mengancam salah satu asas institusi tertua Britain.

Keadaan ‘Megxit’ bermula apabila pasangan muda menyerahkan tugas barisan hadapan keluarga diraja dan mengumumkan rancangan untuk ‘peranan baharu progresif’ di Amerika Utara pada 8 Januari lalu.

Mereka berbuat demikian tanpa menerima persetujuan Ratu Elizabeth II atau seolah-olah mengetahui bagaimana ia akan terjadi.

Pertemuan keluarga diraja yang mengemparkan dan menjadi berita utama dalam akhbar tabloid memuncak dengan keputusan kelmarin yang dinamakan The Daily Telegraph ‘Megxit yang paling sukar.’

Pasangan itu kehilangan hak untuk dipanggil ‘His dan Her royal Highness’ (HRH) sama seperti arwah ibu Harry, Puteri Diana ketika dia bercerai dengan Putera Charles dalam satu lagi drama keluarga yang menyedihkan Ratu pada 1996.

Mereka juga bersetuju untuk membayar balik AS$3.1 juta wang pembayar cukai yang dibelanjakan untuk mengubahsuai rumah Frogmore Cottage mereka berhampiran Windsor Castle.

Harry juga dilucutkan gelaran ketenteraan dan naungan yang telah dianugerahkan kepadanya selepas mengadakan dua lawatan di Afghanistan dengan tentera British dan kenaikan pangkat kepada kapten. – AFP

Gambar fail pada 19 Mei 2018 menunjukkan Putera Harry dan Meghan Markle meninggalkan Windsor Castle selepas perkahwinan mereka di Windsor, England. – AP